Sunday, January 31, 2010

Stolope kaca "cut glass vetican" circa 1890s



ini adalah dua biji stolope@bekas bunga rampai.....bahasa ini di guna pakai oleh keluarga saya sejak dari dahulu lagi.....tp mungkin di tempat lain di gelar dgn nama lain.....stolope ini di gunakan sebagai bekas mengisi bunga rampai bila terdapat majlis2 seperti persandingan,pertunangan,berendoi dan yang seumpamanya.....terdapat dua versi, yang ini adalah yang asal berdasarkan potongan kakinya yang 4segi dan mengunakan kesan kaca yang dipotong terus, versi kedua yang di hasilkan pada sekitar tahun 1920 mempunyai tapak kaki yg leper dan bulat.....stolope ini agak berat kerana kacanya yang tebal...bunga2 motif di hasilkan dengan pengunaan cat/bahan yang timbul seakan akan enamel dan di hiasi juga dgn jaluran air emas....

2 comments:

  1. taj..
    cantikknya stalope nie..frankly speaking 1st time tau dengar term tu..hehehe..
    kat kampung saya tak penah guna kaca cenggini..untung taj dapat warisan keluarga yang tak ternilai harganya..lagipun susah nak jumpe pesen gini kat pasaran antik kita...

    ReplyDelete
  2. mungkin di kedah kurang...tp bagi org png, ipoh,mlk.....agak biasa bagi mereka......kalau kedah dulu2...byk pakai cerana tembaga...tempat isi bunga rampai jugak.....cuma moyang2 saya dulu suka p shoping2 kat png....tu la boleh ada menda2 ni.....

    ReplyDelete