Monday, July 19, 2010

BILA JOHNSON BROS "OLD MILL' DAN J&G MEAKIN SUNSHINE BERSATU...

Salam pagi senin....hari2 yang agak memenatkan...dengan kekangan tugasan asasi dan juga tugas2 sampingan.....selepas balik dari melihat stor yang lama terbiar sepi.....jumpa la set2 yang telah lama di anak tirikan....set meakin kuning muda dan set old mill by johnson bros yang terdapat dalam set teh dan set kopi......set old mill nie yang untuk set teh masih ada extra...dan juga terdapat set dalam warna coklat...motif yang akan serupa juga buatan jepun dalam warna biru, coklat dan hijau masih terdapat dalam simpanan......so kalau ada yang berminat boleh la email ke mukhriz_iskandar@yahoo.com......

set old mill nie begitu popular di tahun2 sekitar 1950an hingga tahun 1970an...terdapat berbagai versi bentuk dan warna mengikut arus zaman dan masa....bagi set meakin kuning air ini mmg agak kurang terdapat yang masih bagus kondisinya kerana sifat warna nya yang mudah memerangkap kekotoran.....cawan bagi koleksi meakin juga terdapat dlm bentuk yang berbagai...begitu jugak bentuk tekonya....insyallah di lain waktu saya akan kongsikan bentuk2 cawan dan teko yang terdapat dalam keluaran meakin......











Tuesday, July 13, 2010

APA ADA DI SEBALIK ALMARI.......


Bersawang bersepah "umah" ku yang satu ini......hikhik.....tajuk diatas?...hurmmm faham2...mesti ramai yang nak tau kan....ini adalah almari yang di hadiah kan oleh seorang teman secara tidak sengaja beberapa minggu yang lalu ketika saya "menjalan kan tugas2 khas" di melaka.....alkisah nya almari ini telah di letakkan di bahgian luar rumah di bawah porch.....jd saya pun x la berhajat nak memiliki seperti kelaziman nya.....tetapi ketika nak langkah balik....nenek kawan saya membuat tawaran hebat..." nie almari lama nenek x nak dah...tp kalau rasa nak amik..boleh la..sbb kata nya minat simpan brg lama2 yer......" begitu la bunyi ayat nya....jd apa lagi...saya pun x malu...terus usung masuk keta....prang...satu cermin sisi telah pecah....hukhuk kesian...x pa....balik la ke kl dengan memandu dengan badan mcm robot....tegak jer...hikhik...sampai kl terus hantar kedai tukar cermin....siap shj 2 hari kemudian terus angkut balik...n isi la dgn segalan barang yg bersepah kat umah......bertambah la lagi perabot gaya "art deco" di rumah kita.....:)



Antara yang di sumbat di dalam lemari ni....adalah set2 gelas2 buatan german...yang ini set german bintat....rasa nya ada juga di koleksi ezany.....bahgian bawah jug atau gelas.....ada rupa bijik2 mcm pasir sebagai hiasan....ragam hias lebih kepada bersifat geometri yang simple tapi anggun....gelas ini femes pada tahun2 1950an...tp tu la kerana terlalu halus buatan nya...gelas ini agak tipis kaca nya....jadi nak pakai pun kena pose2 mcm wanita mmelayu terakhir....hikhik





nanti kan episode akan datang yer....(tah bila kala bulan mengambang)...oh yerr....buat teman2 yang nak kan lemari pesen2 mcm ni....yang dalam keadaan asal....boleh la email ker saya....sbb nya kawan saya ni dah mula suka pulak p cari lemari2 pesen2 mcm ni......my email......mukhriz_iskandar@yahoo.com

Thursday, July 8, 2010

LET GO : RED ROSE TEASET MADE IN JAPAN, ANCHOR BRAND CIRCA 1960'S

Salam...ini ada satu set rose merah buatan jepun, jenama "anchor"...1 teko dan 6 psg cawan dan piring. Teko ni di beli dari orang persendirian dalam tahun 1998...pada bahagian muncung teko ada kesan retak atau mungkin pecah d cantum balik...tapi kesan nya tidak kelihatan pada mata kasar...hanya bila di lihat betul2 baru kelihatan...dan di bahgian tangkai ada kesan retak...tapi teko ini masih kuat untuk di gunakan....kerana saya pernah mengunakan teko ini untuk menjamu tetamu.... cawan dan piring tiada kecederaan...jadi terpulang untuk yang berminat menilai.....sesiapa yang berhajat sila layangkan pertanyaan ke

mukhriz_iskandar@yahoo.com......
(SOLD)
P/S sila la tinggalkan no telefon untuk di hubungi, sbb ramai yang merungut knp x email, knp x itu n ini...so kalau ada no telfon senang saya bagi jawapan by sms/call....






Tuesday, July 6, 2010

BEKAS BERTUTUP ATAU MUNGKIN TUREEN KURNIA MAHARAJA JEPUN

Salam....buat teman2 semua....2 3 minggu ni agak sibuk dengan rutin seharian....jadi dah lama sgt bersawang rumah ku ini...hikhik...jadi hari nie saya nak kongsikan antara koleksi kesayangan saya.....bekas ini saya dapat dari nenda saya....menurut ceritanya bekas ini berada dalam dalam simpanan moyang saya...dan di kesah kan ia adalah kurniaan dari maharaja jepun kepada DYMM Sultan abdul hamid (1882 - 1943) pada pada suatu ketika dahulu.....jadi kesahihan nya ini hanya dari bahan lisan...bekas ini agak unik kerana berkaki tiga berupa "spink" atau singa bersayap mitos lagenda mesir bagi menampung mangkuk yang berbentuk segitiga atau "speed"...motif yg terdapat pada daun pakau...dan berpenutup dengan gaya kon....motif nya berbunga dengan garapan warna orange dan sedikit kebiruan....bersaiz 10 inci dengan ketinggian 8 inchi.....jadi terima lah buat tatapan sahabat semua....