Tuesday, January 12, 2010

set NEW HALL HANLEY buatan england




kita sering mendengar nama johnson bros atau j&g meakin....kedua dua nama ini adalah dari syarikat yang sama.....cuma bila syarikat2 seramik di england berperang dengan kejatuhan ekonomi selepas perang dunia kedua syarikat2 ini bergabung dan mula mengunakan ganti nama baru......antara jenama yang mendapat tempat di kalangan peniaga pinggan mangkuk ketika itu di singapura, kuala lumpur, ipoh, pulau pinang dan beberapa bandar besar lain adalah jenama HANLEY.... koleks ini saya waris dari keluarga sebelah ibu...setelah saya di gelar "stor keluarga"....betul sejak sekian lama saya menjadi orang yang menjaga banyak warisan keluarga baik di sebelah ibu atau bapa...ini kerana mereka melihat pada minat saya...lebih baik satu kepala mewarasi dari berpuluh kepala merebutkan....berbalik pada set minum teh "new hall" kelauaran hanley pada sekitar circa 1930an hingga 40an ini, mengaplikasikan idea design berinspirasikan "art neauvoe" yang mengambil unsur tumbuhan atau alam tapi di terjemahkan dalam bentuk geomatrik....set ini berwarna polos kuning air seakan cream... set lengkap minum petang bagi enam orang, yang unik adalah pada bekas gula dan bekas susu yang agak besar....set ini masih saya gunakan untuk meraikan tetamu dan taulan yang bertamu ke rumah saya...barang yang kita sayang kalau tak di gunakan adalah sayang, biar pecah digunakan dari pecah di simpan...itu falsafah saya

No comments:

Post a Comment