Sunday, January 31, 2010

Lambaian pohon kelapa...circa 1960an















set pokok kelapa ini di keluarkan dengan chap mohor "diamond"....dan ia adalah hasil keluaran malaya....set ini lengkap untuk 8 orang, selain set minum petang, set ini juga saya perolehi dalam set makan malam.....saya akan posting kan di masa hadapan....p/s..masih didalam kotak2 di store....

Stolope kaca "cut glass vetican" circa 1890s



ini adalah dua biji stolope@bekas bunga rampai.....bahasa ini di guna pakai oleh keluarga saya sejak dari dahulu lagi.....tp mungkin di tempat lain di gelar dgn nama lain.....stolope ini di gunakan sebagai bekas mengisi bunga rampai bila terdapat majlis2 seperti persandingan,pertunangan,berendoi dan yang seumpamanya.....terdapat dua versi, yang ini adalah yang asal berdasarkan potongan kakinya yang 4segi dan mengunakan kesan kaca yang dipotong terus, versi kedua yang di hasilkan pada sekitar tahun 1920 mempunyai tapak kaki yg leper dan bulat.....stolope ini agak berat kerana kacanya yang tebal...bunga2 motif di hasilkan dengan pengunaan cat/bahan yang timbul seakan akan enamel dan di hiasi juga dgn jaluran air emas....

Set minum petang japan post modernism...circa 1960's





ini antara set kegemaran saya.....set dari negara matahari terbit....rekacorak cacing kerawit yg di latari warna merah terang....dan reka bentuk soucer dan side plate dia yang seakan akan lonjong....set ini lengkap utk 6 orang.....

Twin roses cup and soucer, Japan 1940s



nie antara cawan teh yang di warisi oleh keluarga saya....dari berdozen-dozen yang ada hanya tinggal 8 biji yang masih bersuami.....yang lain2 menjanda...maklum la bahan buatannya dari porcelain tipis...ringan dan mudah pecah jika terhantuk....berchop mohor kan lakaran gunung fuji.....keluaran sekitar tahun 1940an...sama ada sebelum perang atau selepas perang dunia kedua.....cawan nie juga di gandingkan dengan talam porcelain kecil.....saya mengidamkan teko nya yang bentuk dan tangkainya persis rekabentuk cawan ini....tapi selalu nya kecewa...jumpa tp cacat....harap2 lepas ni jumpa la teko a.k.a....emak kandung...yg tiri banyak jumpa....:)

Thursday, January 21, 2010

LET GO set "blue ivy" untuk 6 orang....buatan china circa 1960s






set china ini masih dlm keadaan tip top.....1 teko, 1 sugar bowl, 1 cremer jar, 6 psg cawan dan 6 side plate......berchop mohorkan made in china.....keluaran penghujung tahun 1960an ke awal 1970an....berminat sila email ke mukhriz_iskandar@yahoo.com

SET OLD ENGLISH BY JOHNSON BROS CIRCA 1930S






tgh punggah2 bag2 plastic...terjumpa la set nie...set nie dah lama saya simpan...dari tahun 1999...dah 11 tahun rupanya...cawan n teko nie saya beli dari sebuah kedai pinggan mangkuk terkenal di jalan tunku abdul rahman ketika itu....tp kedai tu dah tutup sekitar tahun 2002 kalau x silap....toko tersebut antara yang membawa msuk jenama2 terkenal dari england mahupun japan...dari logo johnson ini....telahan keluaran nya sekitar tahun 1930an hingga tahun 1940an..koleksi ini saya mempunyai cawan yang berlebihan dalam keadaan tip top....tp sayang tekonya yang sebiji lagi warna hijaunya agak beza...mungkin kerna tersimpan terlalu lama....sekiranya ada yg berhajat nak memiliki lebihan cawan yg di punyai saya...boleh la email to me....cuma soal "ufti" nya itu biar lah kwn2 di luar yang menentukan......

LET GO 5 cawan janda....cabbage roses made in china



5 cawan mulut jahat cabbage roses yang berchop kan lingkaran garland merah made in china.....keluaran sekitar tahun 1960an.......email me...mukhriz_iskandar@yahoo.com

SOLD

LET GO cawan kupu-kupu



Berilhamkan keindahan kupu-kupu di taman.....2 cawan, 2 piring air dan 2 piring kuih, buatan negara China...keluaran sekitar tahun 1970an... email me...mukhriz_iskandar@yahoo.com

LET GO Teapot wild flower circa 1960s





Teko keluaran negara china sekitar tahun 1960an....terdapat kesan sompek sebesar 1cm di bahgian atas birai bibir tutup teko dan sedikit di sebelah dalam (seperti didalam gambar)....bahgian lain masih elok dan bersinar.....email me...mukhriz_iskandar@yahoo.com

SOLD

LET GO GLASS BUTTER DISH CIRCA 1970'S




Nie adalah bekas mentega kaca keluaran jepun sekitar tahun 1970an...ukiran timbul dan buatan nya halus....sila email saya mukhriz_iskandar@yahoo.com

Tuesday, January 19, 2010

LET GO teaset for 6 "SEYEI" fine china, made in japan, early 1960s







(SOLD) koleksi teaset yang mempunyai 1 teko, 6 cawan n piring, 1 sugar bowl bertutup, 1 creamer jar dan 5 side plate....keluaran "SEYEI"...buatan negara jepun....sekitar awal tahun 1960an yang mempamerkan rekaan agak modern pada sugar bowl n creamer jar...tp masih mengekalkan potongan klasik pada teko dan cawan mulut jahat....berwarna kelabu...bermotifkan bunga bunga dalam bentuk garisan perak yg masih lagi terpamir indah....sesiapa yang berhajat, sila email saya di mukhriz_iskandar@yahoo.com

Monday, January 18, 2010

LET GO set kekwa bunga merah, 1 teko& cawan janda



things to be let go..still in good shape....bunga nya merah ke arah rose, 1 teko aladin dan 6 cawan janda n also i do have....1 teko gandum aladin to clear off....sapa berminat pls email me...mukhriz_iskandar@yahoo.com SOLD

talam & lapik gelas batu....keluaran belanda, england dan jepun











Ini adalah antara koleksi yang paling saya suka menyimpan...x jemu mata memandang...sbb agak limited...yer la..set cawan,pinggan mangkuk biasa nya setiap rumah ada lebih dari 2 set secara am nya...tetapi utk talam n lapik gelas biasanya setiap rumah hanya ada 1 atau 2...lain la kalau family tu mmg buat kerja kawin...hikhik....so kerana agak sukar mendapat yang cantik dan molek...jadi barangan ini anatara yg saya sayang....bahan pingiran di perbuat dari bahan bijih/pewter dan dasarnya dari porcelain. ada yang di lukis tangan, ada yang di buat secara "film transfer" dan ada juga yang mengunakan teknik decoupage (sorry kalau ejaan salah) dan di alas dengan kaca....ada juga yang mengunakan teknik lukisan diatas kaca...jenis ni agak payah na dapat yg cantik kerna factor masa dan cuaca...saya pun ada satu yang cantik untuk lapik gelas utk 6 org, yang bermotifkan kereta kuda berlatarkan pemandangan taman....talam dan lapik gelas ini popular dari tahun 1930an hingga tahun 1950an...corak yang pelbagai....lagi banyak campuran warna lagi tinggi harganya...kerna biasanya ia di hasilkan hanya dengan 2 gabungan warna...size talam dr ukuran 8 inci panjang hingga 18 inci panjang, ada 4segi tepat, 4segi lonjong dan bulat......