Tuesday, May 25, 2010

LET GO : TEASET J&G MEAKIN JADE SERIES

Set untuk di jual...yang berminat sila email ke mukhriz_iskandar@yahoo.com.

Set minum petang keluaan J&G Meakin series Jade : 1 teapot, 1 creamer jar, 1 sugar bowl, 6 cawan, 6 lapik cawan dan 6 piring kuih. Condition : tip top ( SOLD )


KOLEKSI PINGGAN BELANDA

Salam pagi selasa yang indah lagi permai....lama saya x update ruangan koleksi ni...maklum la kekangan masa yang begitu mencemburui....saya paparkan secebis himpunan kesayangan saya dari koleksi pinggan belanda......sebagaimana sejarah lisan orang2 tua...pinggan2 ini di bawa masuk seawal pertengahan abad ke 19 iatu sekitar 1850an...mungkin lebih awal.....koleksi yang saya tunjukan ini adalah koleksi yang di guna pakai oleh keluarga saya sejak berzaman..tapi usianya mungkin sekitar 100 tahun...iaitu buatan sekitar tahun 1890an hingga 1910....berdasarkan kira2 umur nenda saya dan almarhumah moyang saya.....piring dan mangkuk ini di gunakan dalam kegunaan kenduri kendara sebelum perang dunia pertama......piring kecil ukuran 4 inchi ini biasa di gunakan untuk menghidangkan "masak puteh" atau kurma..biasanya org zaman dulu masak dengan potongan daging yang besar sekitar size penumbuk anak2...dan kuah yang agak pekat....dan di gunakan juga untuk menghidangkan acar buah....manakala mangkuk yang ada ini kelaziman di gunakan sebagai mengisi kuah gulai....tapi kegunaan alatan ini terserah kepada kreativiti tuan rumah.....saya akan papar kan dari semasa ke semasa peralatan keluaran belanda ini.....yang membuatkan ia istemewa adlah garapan warna warna nya yang anggun.....





Monday, May 10, 2010

LET GO : JAPAN COFFEE SET CIRCA 1920'S

Salam pagi isnin yang begitu indah dan berbahgia.....today nak share dengan satu koleksi unik buatan negara jepun. Set ini adalah set 5 yang sinonim dengan masyarakat jepun.... kalau ada yang pernah ke jepun pasti dah faham dengan budaya masyarakat jepun...mereka pasti menjual barangan set meja makan dengan bilangan 5...kenapa?

saya pun masih blum mengkaji hal ni dengan mendalam, tapi ini ada kaitan dengan kepercaya masyarakat jepun dengan lima prinsip, iaitu air,api,tanah,udara dan besi..dalam kalender tradisional jepun juga hanya terdapat lima hari berbandir kalender masehi..back to the story morry today...set ini adalah hasil export jepun ke tanah melayu melalui singapura pada sekitar tahun 1920an....jepun cuba menakluki jiwa masyarakat asia dengan membawa masuk barangan yang berdaya saing dengan barangan buatan eropah...ini bagi menakluki jiwa masyarakat asia..atau erti kata lain menakluki minda dan jiwa yang jepun setanding kuasa besar eropah....

sebelum mereka mereka atau menyalin idea pemikiran eropah dengan bilangan dozen atau setengah dozen...mereka membawa masuk secara terus barangan yang di hasilkan dari bumi sakura.....set ini di pengaruhi dengan gaya "art nouvoe" yang begitu mnjadi trend sebelum kedatangan "art deco" di alam masyarakat eropah....asas set kopi ini berinspirasikan kuntuman bunga dan lenggok alunan salur bunga....lihat lah betapa indahnya bentuk cawan, ragam hias tangkai teko,cawan, jar susu dan bekas gula...semunya berirama....malahan motif orkid yang sinonim dengan masyarakat jepun di terjemahkan secara halus dan indah sebagai motif utama set ini....

warna pastel ini mengambarkan jiwa masyarakat jepun yang begitu bersopan santun....warna pastel ini bagai mengubat jiwa masyarakat ketika itu yang masih trauma akibat peperangan dunia pertama baru sahaja berakhir...saya ingin berkongsi pada sesiapa yang berminat untuk memiliki set ini..sementelah set ini mempunyai lebihan didalam simpanan saya....yang berhajat sila email kan ke.. mukhriz_iskandar@yahoo.com



COFFEE SET : MADE IN JAPAN, CIRCA 1920'S, 1 COFFEE POT, 5 CUP AND 5 SAUCER, 1 MILK JAR, 1 SUGAR JAR, TIP TOP CONDITION (SOLD)





Tuesday, May 4, 2010

LET GO : PINGGAN KELAPA N ENGLAND TUREEN

Lama x jumpa ya.....anyway...here some of collection to let go....sesiapa berminat sila email ke mukhriz_iskandar@yahoo.com

PLATE TO LET GO : 6 PCS PLATE "KELAPA", MADE IN MALAYA, 9 INCHES (D), TIP TOP CONDITION...(SOLD)



TUREEN TO LET GO : WHITEHALL BRAND, MADE IN ENGLAND, TIP TOP CONDITION, CIRCA 1930'S, 11 INCHES LONG.