Tuesday, November 16, 2010

LET GO : SAKURA PINK SUGAR BOWL



Sugar bowl sakura pink made in china, condition tanpa pecah, retak atau sumbing....yang berminat sila email ke mukhriz_iskandar@yahoo.com (SOLD)

TERSELAMAT OLEH BAH BESAR.....









Set keluaran tahun 1940an ini adalah dari koleksi johnson bross, england.....antara set yang agak jarang di temui kerana corak dan pengunaan "silver lining".....badan yg beralun pada koleksi ini juga begitu mengoda......set ini hampir hilang kerana terendam di dalam selut yang terperangkap di dalam stor saya.....kini set ini saya bawa pulang...malang sekali bekas gulanya dan dua lagi cawan nya x dapat nak di cari....mungkin ada yg berminat boleh la hubungi saya di email saya....(SOLD)

KOJA : BEKAS AIR MAWAR....





Lama sungguh x update blog bersawang ni....maklum la seperti ramai yang mengetahui...kedah dan perlis di landa bah besar...jd kesempatan baru2 ini telah saya gunakan utk pulang ke a.star utk membantu membersihkan rumah.....ini antara koleksi keluarga saya turun temurun yang saya bawa pulang ke kota....yer la takut kalau banjir melanda ada lagi koleksi yang bersepai atau hanyut di bawa air.....

koja ini menjadi amalan keluarga saya turun temurun bagi mengisi air mawar ketika menziarah makam. asalnya ia berpasangan tp pasanganya telah lama pecah...jd tinggal la satu.....koja dari porcelain putih pulus ini di hiasi dengan lakaran motif bunga mengunakan air emas....dan mempunyai penutup.....ia adalah buatan belanda....koja ini telah di warisi oleh 5 genarasi dan berusia lebih kurang 150 tahun.....koja yang sama juga terdapat dalam warna coklat, biru dan hijau....keluarga saya mewarisi warna putih dan warna2 lain ada yg di warisi oleh jurai keluarga yang lain.....

Sunday, November 7, 2010

BANTUAN KEPADA MANGSA BENCANA GUNUNG MERAPI DI JOGHJA INDONESIA

Salam buat pembaca blog semua....atas dasar persaudaraan.....saya ingin meng war warkan....kepada sesiapa yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan bagi dana bantuan ke joghja boleh menghubungi saya....mukhriz_iskandar@yahoo.com....bantuan ini akan di salurkan kepada teman saya, pensyarah di institut kesenian indonesia atau ISi...bagi membeli barangang keperluan buat teman2 kita di sana.....dana ini hanya bantuan kecil yang mampu saya dan teman2 lan di malaysia laku kan......