Wednesday, October 27, 2010

TO LET : JOHNSON BROSS TUREEN






Tureen keluaran Johnson Bross dengan lambang awal "mahkota inggeris", dihasilkan sekitar tahun lewat 1920an....keadaan yang cukup mantap...tiada apa2 kecacatan...setelah mail box dan phone saya di hujani dengan pertanyaan "ada x lagi tureen?" saya sedia melepaskan tureen ini kepada sesiapa yang sudi....email me at mukhriz_iskandar@yahoo.com. sila tinggalkan contact no dan nama.....

MISS FLORANTINE KU SAYANG.....





Che florantine nie dah lama ku idamkan...sementelah set pinggan mangkuknya ada...tp tureen nya dah lama lenyap di telan masa.....tureen keluaran johnson bros ini di keluarkan sebelum perang dunia pertama.....sementelah kebetulan baru2 ini saya berkunjung ke pulau temasek untuk majlis perkahwinan keluarga sahabat akrab saya, kesempatan telah di gunakan untuk meninjau khazanah yang masih bersisa di pulau itu....mungkin takdir dan telah tersurat....tureen ini telah di jumpai oleh mata hati...maka berehat la che florantine di teratak kita....:)

Tuesday, October 19, 2010

CERITA DAN KENANGAN ORANG ORANG TUA






Salam....maaf la lama sgt x update blog nie...almost 2 month...bukan apa....terlalu sibuk dengan urusan kerja......tp alhamdulilah....semuanya berjalan lancar.....so kali ni nak share pulak satu lagi khazanah keluarga yg saya gunakan utk hari raya yang lepas.....set dar j&g meakin koleksi "florida".....terdapat dua warna...hijau dan biru....set ini di miliki oleh moyang saya pada sekitar tahun 1955...ketika malaysia atau malaya menjalani pilihanraya pertama sebelum kemerdekaan bagi mendapat kenyakinan british bagi memberikan malaya kemerdekaan.....

set ini telah di beli di beach street pulau pinang, dan pertama kali di gunakan untuk menyambut kedatangan YAM tunku abdul rahman putra al haj ke rumah moyang saya selepas tunku memenangi pilihanraya pertama dan di lantik sebagai ketua menteri malaya.....hadhir bersama ketika itu adalah tun sardon jubir, tun fatimah hashim , tan sri khir johari.....rombongan ini hadhir ke a.star pada ketika itu bagi membincang kan hal ehwal malaya bertempat di rumah merdeka, a.star. berhampiran royale hotel.....kunjungan tuanku bukan lah bersifat formal tetapi hanya menziarah dan di bawa juga teman2 kabinet.....cerita ini saya dapat dari nenda saya.....ada beberapa photo...tp sayang x terdapat di tangan saya.......

set ini terdiri dari pinggan makan,piring kuih, pinggan dalam, tureen, pinggan bujur, sos boat, set teh, cake platter, senduk dan etc.....set ni hanya saya bawak sebahgianya....set ini amat besar...lengkap utk 24 org utk satu2 masa....saya hanya mengambil utk 6 org.....saya tertarik pada designya yg simple tetapi nampak gah dan menarik serta mewah.....