Wednesday, January 20, 2016

KETOQ ENAMEL

Spiton atau ketor... bagi masyarakat di sebelah utara.. lazim nya spiton enamel ini... di gunakan sebagai bekas utk membasuh tangan semasa kenduri kendara dan juga sebagai bekas air sireh... datang dalam pelbagai saiz dan warna... bagi masyarakat eropah mereka mengunakan spiton ini sebagai bekas jambangan bunga... spiton ni berontasi kan bahasa inggeris dari perkataan SPIT ON... perkataan ketor atau ketoq pada hemat saya mungkin berasal dari kata "kotor" yang kelamaan menjadi ketoq atau ketur.. mungkin?

BATIL PERAK TALAM PERAK

barangan perak pusaka keluarga ini.. berupa talam berukuran diameter 18 inch, 2 batil beserta cerana.... kelengkapan ini... mungkin hasil pertukangan cina yang mana memiliki kehalusan dalam seni tukang pekakas perak... pada awal abad ke 20 atau penghujung abad ke 19... pekakas ini di gunakan antara nya utk kegunaan bercukur jambul... atau berendoi kalau org utara .. talam akan di isi dengan tanah yang bersih utk upacara jejak tanah... batil akan di isi dengan air mawar.. berbeza bagi masyarakat melayu lain yang mengunakan kelapa utk meletakkan rambut bayi yg sudah di potong... rambut bayi yg di potong akan di letakan di dalam bekas batil berisi air mawar dan akan d timbang dan di nilai mengikut berat yang sama dengan bahan perak.. dan nilai nya akan di sedekah kan pada golongan asnaf... selain itu ia juga di gunakan di dalam upacara perkahwinan lazim nya dalam upacara berandam.... barangan ini telah di warisi hampir 80 90 tahun....