Showing posts with label dinnerware. Show all posts
Showing posts with label dinnerware. Show all posts

Sunday, April 4, 2010

SET MAKAN MALAM DAN SET TEH KOLEKSI "MAWAR OO MAWAR KU"

Salam pagi ahad semua...selamat memburu koleksi lama di amcorp, shah alam, memory lane, ropewalk dan sebagainya.....sebagai sajian..saya tampilkan koleksi "mawar oo mawar ku".....set ini lengkap untuk 8 orang, dar set cawan, teko,cremer,sugar bowl, piring kuih, piring pencuci mulut, mangkuk lauk, mangkuk lauk besar, pinggan makan leper,tureen dan yang lupa di tampilkan...pinggan bujur hidang. koleksi ini dari chop mohor diamond. di percayai keluaran malaya...set ini terkenal pada awal tahun 1060an...dari kualitinya...agak kurang memuaskan....seringkali motifnya terkumpil, kerana ia adalah hasil motif mengunakan teknik "film transfer"....yang kualitinya agak kurang memberansangkan....corak yang sama juga terdapat dlm set keluaran jepun yang lebih halus.....






Tuesday, January 12, 2010

Johson Bross "Irene" kekasih ku.....




Antara corak pinggan yang menjadi kesetian saya adalah pattern "irene"....pattern ini di keluarkan oleh syarikat johnson bros england....lahir dengan 3 revolusi....keluaran yang saya tunjukkan ini adalah revolusi peringkat kedua di mana keliling pinggan ini di beri ragam hias ber klim karipan tapi dalam bentuk lingkungan......revolusi pertama berpingiran bergaya "garland" tetapi berhias dengan tekture bintit2 yang jarang2.....revolusi ketiga yang akhir pula menampil kan ragam hias pinggir yang hanya beragam seakan "arch" tanpa sentuhan "detail".....reka corak irene hadir dalam tiga warna...biru tua kehiataman, hijau dan coklat. Revolusi pertama adalah sebelum perang dunia kedua iaitu akhir 1930 an hingga awal 1940an, revolusi kedua berakhirnya perang dunia kedua sehingga awal 1950an....dan revolusi akhir pada penghujung 1950an hingga awal 1960an....(sedikit masa saya akan cerita kan juga sejarah syarikat johnson bross dan syarikat2 yang bergabung sehingga wujudnya nama2 seperti J&G dan J&G meakin.....terdapat juga rakan2 yang baru berkecimpung yang menafsir tarikh di blakang barangan sebagai tarikh pembuatan.....ini adalah mungkin tidak benar kerana tarikh2 itu merujuk pada pergabungan syarikat tersebut....biasa kita lihat tarikh ini pada koleksi "rosa"....juga terdapat no kecil pada piring/pinggan...itu merujuk kepada size pinggan/piring/mangkuk.....