Showing posts with label pinggan taruna. Show all posts
Showing posts with label pinggan taruna. Show all posts

Wednesday, March 3, 2010

KOLEKSI PINGGAN TERUNA 2




Koleksi pinggan teruna ini saya perolehi secara tidak lansung. Ini adalah peninggalan dari salah seorang waris kerabat diraja pattani dan kelantan. Set teruna berwarna biru ini adalah buatan negara jepun yang di perolehi dari kampetai/ketua tentera jepun ketika zaman perang dunia kedua. set ini di hadiahkan kepada saya oleh bonda saudara sahabat baik saya setelah mengetahui saya berminat dengan barangan porcelain terutama peralatan meja makan. warna biru ini adalah sesuatu yang jarang kedapatan dalam pengunaan masyarakat melayu ketika itu, kecuali set meakin celeste buatan england. motifnya yang berunsurkan awan larat begitu mengasyikan. begitu istemewa dimata saya kerana luar dari kebiasaan motif yang biasa di minati dari dulu hingga sekarang, iaitu bunga dan warna2 lembut seperti merah samar,hijau sage, kuning susu......saya masih teruja untuk mendapatkan lagi set2 taruna ini..hikhik....mana la tau kan kalau ada lagi insan2 yang nak sedekah kan...hikhik

Saturday, January 16, 2010

pinggan taruna........





Pinggan taruna ini, saya dapat dari keluarga kenalan saya di pantai timur....hadiah di berikan setelah saya membantu mereka dalam hal perkahwinan anak mereka yg juga kawan baik saya...kira2 6 tahun yang lalu....di namakan pinggan taruna kerana....bila lelaki masuk merisik perempuan....keluarga perempuan yang menerima risikan itu akan menghantar 5 pinggan mungkum bertudung ini melalui wakil pihak lelaki yang akan mengandungi serba sedikit jenis makanan yang mewakali, masam,manis,pedas,lemak dan masin....ini yang di cerita kan kepada saya....kesahihannya...kalau ada org pantai timur dari negeri terrenganu,mungkin boleh berkongsi rahsia.....pinggan ini berlogokan H.P....di katakan di beli dari sebuah kedai pinggan mangkuk di kuala terengganu yang di punyai oleh pasangan orang jepun (mungkin agent perisik jepun waktu itu) sekitar lewat tahun 1930an...warna saduran emas pada pemegang mangkuk dan garian emasnya masih utuh.....motif bunganya seperti bunga semarak api.....bewarna unggu kearah merah samar....lihat la keindahan "pinggan taruna" dari negara jepun ini...