Showing posts with label koleksi. Show all posts
Showing posts with label koleksi. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

TERSELAMAT OLEH BAH BESAR.....









Set keluaran tahun 1940an ini adalah dari koleksi johnson bross, england.....antara set yang agak jarang di temui kerana corak dan pengunaan "silver lining".....badan yg beralun pada koleksi ini juga begitu mengoda......set ini hampir hilang kerana terendam di dalam selut yang terperangkap di dalam stor saya.....kini set ini saya bawa pulang...malang sekali bekas gulanya dan dua lagi cawan nya x dapat nak di cari....mungkin ada yg berminat boleh la hubungi saya di email saya....(SOLD)

Wednesday, March 10, 2010

koleksi jug,ayam dan teko kecil besaq

Lama sungguh x buat any posting akibat kekangan masa yang membuatkan saya agak sibuk. dalam sibuk2 tu sempat jugak merancang untuk percutian warga emas...jadi sebelum kita berehat buat sementara waktu...saya tinggalkan teman2 dengan paparan koleksi peribadi saya......selamat memburu, selamat menambah koleksi, selamat menipiskan poket dan handbag..selamat melakukan shopping blogging.....apa pun jua anda lakukan...anda tetap ceria dan berbahgia hendaknya.....:)

Set jug dan gelas belang2 ini memang mengasyikkan...simple, clean cut dan lebih bersifat maskulin....buatan dari negara germany dan amat popular sekitar tahun2 1940an hingga 1950an...


ayam oo ayam....nie antara koleksi cepu2 saya yang menjadi koleksi kesayangan...ayam putih ini biasanya di gunakan untuk menyimpan barang2 kemas yang kecil seperti ranatai,subang, rantai tangan atau cincin. ada juga yang mengunakan sebagai hiasan atau bekas pelabagai guna. ayam biru ini yang paling chomel kerna saiz nya yg bukan shj kecil tapi juga di perbuat dari kaca lutsinar dan warnanya yg memberansangkan...ayam2 ini di hasilkan pada sekitara awal 1900 hingga 1930an..buatan eropah...




Nie antara set j&g meakin koleksi sunshine yang agak rare....reka bentuk teko dia dgn jambul penutup nya yang gaya bak queen victoria, cawan yang bertangkai siku puteri, jug creamer nya yang laksana mak inang pulau kampai dan cake plater dia yang bagaikan kembang siti tanjung perak, membuatkan set nie menjadi pujaan hati saya...keluaran sekitar penghujung tahun 1940an ini jarang kelihatan di pasaran kerana coraknya yang agak kurang ceria dan kuntumnya yang kecil2....




Teko kecil "ros kembar"....teko buatan jepun nie datang bersekali dengan cawan chomel aka cawan lompang....tp kalau di tengok betul2 ini bukan padanan yg asli sbb rasa nya teko ngan cawan tu hampir sama jer besaq dia...