Wednesday, March 3, 2010

KOLEKSI PINGGAN TERUNA 2




Koleksi pinggan teruna ini saya perolehi secara tidak lansung. Ini adalah peninggalan dari salah seorang waris kerabat diraja pattani dan kelantan. Set teruna berwarna biru ini adalah buatan negara jepun yang di perolehi dari kampetai/ketua tentera jepun ketika zaman perang dunia kedua. set ini di hadiahkan kepada saya oleh bonda saudara sahabat baik saya setelah mengetahui saya berminat dengan barangan porcelain terutama peralatan meja makan. warna biru ini adalah sesuatu yang jarang kedapatan dalam pengunaan masyarakat melayu ketika itu, kecuali set meakin celeste buatan england. motifnya yang berunsurkan awan larat begitu mengasyikan. begitu istemewa dimata saya kerana luar dari kebiasaan motif yang biasa di minati dari dulu hingga sekarang, iaitu bunga dan warna2 lembut seperti merah samar,hijau sage, kuning susu......saya masih teruja untuk mendapatkan lagi set2 taruna ini..hikhik....mana la tau kan kalau ada lagi insan2 yang nak sedekah kan...hikhik

No comments:

Post a Comment