Wednesday, March 10, 2010

koleksi jug,ayam dan teko kecil besaq

Lama sungguh x buat any posting akibat kekangan masa yang membuatkan saya agak sibuk. dalam sibuk2 tu sempat jugak merancang untuk percutian warga emas...jadi sebelum kita berehat buat sementara waktu...saya tinggalkan teman2 dengan paparan koleksi peribadi saya......selamat memburu, selamat menambah koleksi, selamat menipiskan poket dan handbag..selamat melakukan shopping blogging.....apa pun jua anda lakukan...anda tetap ceria dan berbahgia hendaknya.....:)

Set jug dan gelas belang2 ini memang mengasyikkan...simple, clean cut dan lebih bersifat maskulin....buatan dari negara germany dan amat popular sekitar tahun2 1940an hingga 1950an...


ayam oo ayam....nie antara koleksi cepu2 saya yang menjadi koleksi kesayangan...ayam putih ini biasanya di gunakan untuk menyimpan barang2 kemas yang kecil seperti ranatai,subang, rantai tangan atau cincin. ada juga yang mengunakan sebagai hiasan atau bekas pelabagai guna. ayam biru ini yang paling chomel kerna saiz nya yg bukan shj kecil tapi juga di perbuat dari kaca lutsinar dan warnanya yg memberansangkan...ayam2 ini di hasilkan pada sekitara awal 1900 hingga 1930an..buatan eropah...




Nie antara set j&g meakin koleksi sunshine yang agak rare....reka bentuk teko dia dgn jambul penutup nya yang gaya bak queen victoria, cawan yang bertangkai siku puteri, jug creamer nya yang laksana mak inang pulau kampai dan cake plater dia yang bagaikan kembang siti tanjung perak, membuatkan set nie menjadi pujaan hati saya...keluaran sekitar penghujung tahun 1940an ini jarang kelihatan di pasaran kerana coraknya yang agak kurang ceria dan kuntumnya yang kecil2....




Teko kecil "ros kembar"....teko buatan jepun nie datang bersekali dengan cawan chomel aka cawan lompang....tp kalau di tengok betul2 ini bukan padanan yg asli sbb rasa nya teko ngan cawan tu hampir sama jer besaq dia...

5 comments:

  1. salam & morning2 taj...

    seperti biasa koleksi taj mmg da bomb..memang selalu ditunggu oleh kawan2 blogger termasuklahh saya..hehehe..

    sempat lagi buat n3 untuk ditatapi sebelum berangkat bercuti..yg paling menarik tentunya cik sunshine yg rare tu kan..walaupun bunganya kurang menyerlah..tapi disebabkan rupa bentuk dia yang unik tu menjadikan dia bertambah extraordinary..one in million collector yg ada..and you are very very lucky to have one complete set..and cara taj bermain dengan kata untuk menunjukkan betapa ia menjadi pooojaan hatimu sungguh mengasyikkan..hehehe

    tak lupa saya doakan moga taj enjoy ur trip with the oldies..jaga depa elok2 tau & jangan lupa ole2 bali..ahaksss.. ;)

    ReplyDelete
  2. ehhh lupa pulak nak habaq..yg set germany pun lawaaa, talam batu menggoda imanku..hehehe.

    ReplyDelete
  3. hikhik.....sunshine nie byk sama design dia....tu blum lagi yang koleksi johnson...makin cari makin jumpa.....haiyaa...syarikat nie pun x mau bawak keluaq caralog...kalau x senang nak tau apa lagi corak yang ada.....:)...p jalan kali ni rehat2 shj...no hunting la...tu yang x best..ahak

    ReplyDelete
  4. salam taj..mai tgok koleksi mmg grand abis sbb lama umuq dia tuh..mesti hantaran melambung dan meletop poket nak kuarkan rm tu no..

    ReplyDelete
  5. salam kak nj.....tak semua kat sini yang boleh di pinang.....banyak yang dah jd anak menantu....:)

    ReplyDelete