Wednesday, June 9, 2010

CERITA DALAM CERITA

Salam hormat.....di bawah ini saya paparkan antara koleksi peribadi yang saya warisi dari kaum keluarga terdekat.....turreen buatan jerman, berjenama "villeroy boch"....yang masa kini jenama ini terkenal untuk bahan2 kamar mandi dan jubin2....dan pinggan mungkum keluaran "alfred meakin" di bawah koleksi "bute"...sebagai latar blkang tureen indah...

tureen ini mempunyai kisah yang begitu menyayat hati.....saya menjumpai tureen ini di rumah salah seorang ahli kluarga yang menjadi kan bekas minyak masak yang telah di gunakan...begitu sedih sekali....lalu saya minta tanpa malu lagi...sememangnya menjadi hak saya...hikhik...tapi mana tudung nya?....hurmm hanya ada badan....berbulan saya mengharap akan jumpa tudungnya...hingga la sekitar setahun atau dua tahun....tudung ini telah di jumpa tersorok di dalam lemari dapur di rumah yang sama saya mengambil tureen ini.....

riwayat tureen ini cukup panjang.....tureen ini di hasilkan pada sekitar tahun 1880an....jd kalau di hitung panjang...sudah hampir 120 atau 130 tahun usianya.....kesian...tah2 dah seratus tahun di jadikan "hantu minyak"...hikhik...tp sib baik la di guna...kalau x...mana mungkin saya dapat memilikinya......motif biru putih ini begitu clasic....dengan motif yang seakan bunga kacang dan tangkai tureen dan tudung nya yang begitu simple tapi mengoda......

pinggan "bute' ini saya kidnap dari dangau atau tempat pekerja sawah padi berehat atau berkampung....jd bila tiba musim menyemai atau menanam..mereka akan di letakkan di dangau milik keluarga bagi beristirehat, gayanya lebih mirip kepada pondok kecil....jd ada la dapur dan ruang serambi....jd pinggan2 ni di gunakan di sini...mungkin sbb dah tua jadi bagi la pekerja pakai...so nak jadikan kisah bila saya p ke bendang n masuk dangau ni...tgk2 ada pinggan n few more item...saya pun apa lagi....terus la bawak balik.....:).....

saya puas bila dapat menyelamatkan apa shj barangan seramik mahupun porcelain....yang di jumpai di bumi malaysia.....sbb setiap yang di import ker tanah melayu atau malaya satu ketika dulu adalah unik dan khas untuk export.....

so rakan2 taulan....saya akan bercuti bersama jemaah keluarga saya bagi merehatkan badan dan minda .....so let me fly n fly away for a while....hikhik.....salam ceria n happy hunting ya!






lihatlah keindahan pada pemegang di kiri kanan tureen dan pemegang tudung tureen sesuatu yang berseni lagi indah.....




sebelum saya tinggalkan kalian, terima la santapan jiwa...antara koleksi2 sipiton/ketor...enemal buatan jerman yang satu ketika dulu di gunakan oleh keluarga saya sebagai bekas basuh tangan bila menjalankan keramaian atau kenduri kendera.....


Monday, June 7, 2010

LET GO : SUGAR POT SAKURA AND J&G MEAKIN

Few more loose item to b let go...intrested pls email me at mukhriz_iskandar@yahoo.com

sugar bowl by j&g meakin, sunshine collection...tip top condition (booked)




sugarpot with lid...made in china (red color stamp), circa 1960's....tip top condition (SOLD)


LET GO : MEAKIN LOOK ALIKE JAPAN SET CIRCA 1960'S

Salam petang isnin yang tenang lagi damai......ini adalah set buatan japan keluaan sekitar awal tahun 60an. dengan chap mohor "atc"....1 teko gemuk dgn tudung berjambul dan 6 cawan serta lapik yang masih lagi cantik dan menawan....tiada kesan retak atau pecah...keadaan elok dan sungguh anggun kalau di buat pakai ketika menyambut puasa nanti.....(2 SET SOLD)

sekira yang berminat sila email ke

mukhriz_iskandar@yahoo.com

...tolong sertakan no tel dan nama...sbb ramai yang lambat buka email yg saya balas...jadinya byk yg x dapat memiliki barang yang di hajati.....







Tuesday, June 1, 2010

LET GO : TEKO TEKO KELUARAN J&G MEAKIN

SOME OF MY PERSONAL TEA AND COFFEE POT TO LET GO...ANYONE THT INTRESTED PLS EMAIL ME WITH YOUR NAME AND CONTACT AT mukhriz_iskandar@yahoo.com


COFFFEE POT , J&G MEAKIN 13 INCHES HEIGHT FROM BOTTOM TO THE LID.CIRCA 1940'S, TIP TOP CONDITION. (SOLD)




COFFEEPOT FOR SINGLE SERVING, STAMP BY BRITISH INDIA COMPANY (WITH EMBOSE "V" MARK AT THE BOTTOM), CIRCA 1870'S , THE LID HAVE BROKEN TO 3 PIECES AS IN THE PICTURE AND HAVE CAREFULLY GLUE.




TEAPOT "SUNSHINE COLLECTION" BY J&G MEAKIN CIRCA 1940'S TO LET GO. GOOD CONDITION (SOLD)


Tuesday, May 25, 2010

LET GO : TEASET J&G MEAKIN JADE SERIES

Set untuk di jual...yang berminat sila email ke mukhriz_iskandar@yahoo.com.

Set minum petang keluaan J&G Meakin series Jade : 1 teapot, 1 creamer jar, 1 sugar bowl, 6 cawan, 6 lapik cawan dan 6 piring kuih. Condition : tip top ( SOLD )


KOLEKSI PINGGAN BELANDA

Salam pagi selasa yang indah lagi permai....lama saya x update ruangan koleksi ni...maklum la kekangan masa yang begitu mencemburui....saya paparkan secebis himpunan kesayangan saya dari koleksi pinggan belanda......sebagaimana sejarah lisan orang2 tua...pinggan2 ini di bawa masuk seawal pertengahan abad ke 19 iatu sekitar 1850an...mungkin lebih awal.....koleksi yang saya tunjukan ini adalah koleksi yang di guna pakai oleh keluarga saya sejak berzaman..tapi usianya mungkin sekitar 100 tahun...iaitu buatan sekitar tahun 1890an hingga 1910....berdasarkan kira2 umur nenda saya dan almarhumah moyang saya.....piring dan mangkuk ini di gunakan dalam kegunaan kenduri kendara sebelum perang dunia pertama......piring kecil ukuran 4 inchi ini biasa di gunakan untuk menghidangkan "masak puteh" atau kurma..biasanya org zaman dulu masak dengan potongan daging yang besar sekitar size penumbuk anak2...dan kuah yang agak pekat....dan di gunakan juga untuk menghidangkan acar buah....manakala mangkuk yang ada ini kelaziman di gunakan sebagai mengisi kuah gulai....tapi kegunaan alatan ini terserah kepada kreativiti tuan rumah.....saya akan papar kan dari semasa ke semasa peralatan keluaran belanda ini.....yang membuatkan ia istemewa adlah garapan warna warna nya yang anggun.....





Monday, May 10, 2010

LET GO : JAPAN COFFEE SET CIRCA 1920'S

Salam pagi isnin yang begitu indah dan berbahgia.....today nak share dengan satu koleksi unik buatan negara jepun. Set ini adalah set 5 yang sinonim dengan masyarakat jepun.... kalau ada yang pernah ke jepun pasti dah faham dengan budaya masyarakat jepun...mereka pasti menjual barangan set meja makan dengan bilangan 5...kenapa?

saya pun masih blum mengkaji hal ni dengan mendalam, tapi ini ada kaitan dengan kepercaya masyarakat jepun dengan lima prinsip, iaitu air,api,tanah,udara dan besi..dalam kalender tradisional jepun juga hanya terdapat lima hari berbandir kalender masehi..back to the story morry today...set ini adalah hasil export jepun ke tanah melayu melalui singapura pada sekitar tahun 1920an....jepun cuba menakluki jiwa masyarakat asia dengan membawa masuk barangan yang berdaya saing dengan barangan buatan eropah...ini bagi menakluki jiwa masyarakat asia..atau erti kata lain menakluki minda dan jiwa yang jepun setanding kuasa besar eropah....

sebelum mereka mereka atau menyalin idea pemikiran eropah dengan bilangan dozen atau setengah dozen...mereka membawa masuk secara terus barangan yang di hasilkan dari bumi sakura.....set ini di pengaruhi dengan gaya "art nouvoe" yang begitu mnjadi trend sebelum kedatangan "art deco" di alam masyarakat eropah....asas set kopi ini berinspirasikan kuntuman bunga dan lenggok alunan salur bunga....lihat lah betapa indahnya bentuk cawan, ragam hias tangkai teko,cawan, jar susu dan bekas gula...semunya berirama....malahan motif orkid yang sinonim dengan masyarakat jepun di terjemahkan secara halus dan indah sebagai motif utama set ini....

warna pastel ini mengambarkan jiwa masyarakat jepun yang begitu bersopan santun....warna pastel ini bagai mengubat jiwa masyarakat ketika itu yang masih trauma akibat peperangan dunia pertama baru sahaja berakhir...saya ingin berkongsi pada sesiapa yang berminat untuk memiliki set ini..sementelah set ini mempunyai lebihan didalam simpanan saya....yang berhajat sila email kan ke.. mukhriz_iskandar@yahoo.com



COFFEE SET : MADE IN JAPAN, CIRCA 1920'S, 1 COFFEE POT, 5 CUP AND 5 SAUCER, 1 MILK JAR, 1 SUGAR JAR, TIP TOP CONDITION (SOLD)





Tuesday, May 4, 2010

LET GO : PINGGAN KELAPA N ENGLAND TUREEN

Lama x jumpa ya.....anyway...here some of collection to let go....sesiapa berminat sila email ke mukhriz_iskandar@yahoo.com

PLATE TO LET GO : 6 PCS PLATE "KELAPA", MADE IN MALAYA, 9 INCHES (D), TIP TOP CONDITION...(SOLD)



TUREEN TO LET GO : WHITEHALL BRAND, MADE IN ENGLAND, TIP TOP CONDITION, CIRCA 1930'S, 11 INCHES LONG.




Monday, April 26, 2010

LET GO TEASET FERNLEAF JAPAN CIRCA 1960'S

TEASET TO LET....MADE IN JAPAN, CIRCA 1960'S. 1 TEAPOT (SMALL CHIP AT THE EDGE), 1 CREAMER JAR, 1 SUGAR BOWL, 6 CUP (1 WITH CRACK LINE, 1 WITH SMALL CHIP), 6 SAUCER AND 6 SIDE PLATE.(SOLD) INTRESTED PLEASE EMAIL TO mukhriz_iskandar@yahoo.com



LET GO TEASET J&G SUNSHINE CIRCA 1950'S

TEASET TO LET : BRAND J&G MEAKIN "SUNSHINE",CIRCA 1950'S,MADE IN ENGLAND, 1 TEAPOT, 6 CUP, 6 SAUCER AND 6 SIDE PLATE. TIP TOP CONDITION. INTRESTED PLEASE EMAIL AT mukhriz_iskandar@yahoo.com (2 SET SOLD)



Saturday, April 24, 2010

YATT...I DONT CARE!!!

Yatt, tolong la...tolong la..cukup la cukup la...terhiris hati ini...x sanggup..hikhik...suspen jer bunyi....biasa la...gurau senda di pagi sabtu...dekat2 nak pilihanraya kan?...yesterday lepas yatt buat posting koleksi bunga warna warni ni....tetiba ternampak la pulak anak teruna aka creamer dia bukan main tampan lagi posing...panas la anak dara aka sugar bowl check ni....maklum la...yang sini anak dara sunti...yang sana teruna idaman...hurmm...nak pinang, tok besan sana tu jaguhan...alamatnya anak check jd andartu la.....hikhik....set ni adalah hadiah dari kakak angkat saya yg berada di klang...anak jati klang...set ni di beli sekitar tahun 1962 di bandar klang oleh arwah ibu kakak angkat saya..terima kasih kak hjh baizurah...mula2 masa org bagi la kan...hurmm x la rasa mcm best...sbb made in china...simpan n amik pun sbb tgk bunga dia mcm memangil....yer la tahun2 1998, 1999 tu...set2 china ni mcm sepi...sbb dok sibuk cari set2 japan dan england...tp sebab kan bunga dia...terima la dengan rela...kalau ikut negara asal...mmg la daku anak tiri kan...hikhik....jahatkan...last2 kena muka sendiri...simpan jugak...sayang oooo!!....walaupun buatan china tp motif nie...mmg sukar nak cari...sampai kan anak teruna baru skrg berjumpa after like 10 to 12 years....begitu la istimewanya motif ini di mata saya.....sekali lagi dengan rasa rendah hati...saya memohon..."pn yatt,jom la kita besan....u hantaq la anak teruna u mai umah i...x kan anak dara nak p rumah anak teruna....."hikhik.....bunga rose semua u dah petik...yang ada bunga marygold...mau ka?.....hikhik....jgn marah yer yatt...kita gurau2 di pagi hari...