Monday, May 10, 2010

LET GO : JAPAN COFFEE SET CIRCA 1920'S

Salam pagi isnin yang begitu indah dan berbahgia.....today nak share dengan satu koleksi unik buatan negara jepun. Set ini adalah set 5 yang sinonim dengan masyarakat jepun.... kalau ada yang pernah ke jepun pasti dah faham dengan budaya masyarakat jepun...mereka pasti menjual barangan set meja makan dengan bilangan 5...kenapa?

saya pun masih blum mengkaji hal ni dengan mendalam, tapi ini ada kaitan dengan kepercaya masyarakat jepun dengan lima prinsip, iaitu air,api,tanah,udara dan besi..dalam kalender tradisional jepun juga hanya terdapat lima hari berbandir kalender masehi..back to the story morry today...set ini adalah hasil export jepun ke tanah melayu melalui singapura pada sekitar tahun 1920an....jepun cuba menakluki jiwa masyarakat asia dengan membawa masuk barangan yang berdaya saing dengan barangan buatan eropah...ini bagi menakluki jiwa masyarakat asia..atau erti kata lain menakluki minda dan jiwa yang jepun setanding kuasa besar eropah....

sebelum mereka mereka atau menyalin idea pemikiran eropah dengan bilangan dozen atau setengah dozen...mereka membawa masuk secara terus barangan yang di hasilkan dari bumi sakura.....set ini di pengaruhi dengan gaya "art nouvoe" yang begitu mnjadi trend sebelum kedatangan "art deco" di alam masyarakat eropah....asas set kopi ini berinspirasikan kuntuman bunga dan lenggok alunan salur bunga....lihat lah betapa indahnya bentuk cawan, ragam hias tangkai teko,cawan, jar susu dan bekas gula...semunya berirama....malahan motif orkid yang sinonim dengan masyarakat jepun di terjemahkan secara halus dan indah sebagai motif utama set ini....

warna pastel ini mengambarkan jiwa masyarakat jepun yang begitu bersopan santun....warna pastel ini bagai mengubat jiwa masyarakat ketika itu yang masih trauma akibat peperangan dunia pertama baru sahaja berakhir...saya ingin berkongsi pada sesiapa yang berminat untuk memiliki set ini..sementelah set ini mempunyai lebihan didalam simpanan saya....yang berhajat sila email kan ke.. mukhriz_iskandar@yahoo.com



COFFEE SET : MADE IN JAPAN, CIRCA 1920'S, 1 COFFEE POT, 5 CUP AND 5 SAUCER, 1 MILK JAR, 1 SUGAR JAR, TIP TOP CONDITION (SOLD)





No comments:

Post a Comment