Tuesday, December 21, 2010

Bunga bunga sahara......










Lama saya x mengunjungi rumah rehat ini.....agak sibuk kebelakangan ini....baru2 ini ketika pulang ke a.star....saya sempat membawa pulang satu lagi set minum petang untuk 6 orang keluaran "newhall hanley"....set ini bercirikan sentuhan art deco. rekabentuk dan ragam hias ini amat popular sekitar awal abad ke 20...1910 to 1930...set ini adalah hadiah dari tempat bekerja moyang saya untuk satu acara keraian...set ini dah lama tersorok dan hampir di lupakan oleh ahli kluarga saya.....tp tahu ajalah mata pemburu antik pml...mana tempat mata x nampak....setelah di selongkar di cari di gosok....dapat la 1 teko, 6 cawan n piring, 6 piring desert, 6 piring kuih, 1 cake plater, 2 pinggan bujur, 1 creamer jar..

tapi set ni dah lama saya jumpa....hampir 3 4 tahun lalu....skrg ni kalau saya balik ke a.star....hanya mampu tersenyum ....sbb nya dah hampir semua rumah kaum keluarga saya dah korek....selamat...kalau x habis jahanam dik banjir...hanyut lagi....soon saya akan paparkan koleksi lain yang menjadi kesayangan saya juga........tahun baru x lama lagi....

SELAMAT TAHUN BARU MASEHI.....2011

MY GREEN MISS FLORENTINE.....







Seronok hati tidak terkira....cawan mulut medium jahat koleksi florentine keluaran johnson bross sudah berada di dalam simpanan.....hasil buruan seorang teman....cukup memahami.....terima kasih ya.....air perada emas pada motifnya masih utuh....laksana tak pernah di gunakan....teman saya ini amat perahsia....tah di mana tempat buruan....tau2 cawan idaman di depan mata......thanks for a great "gift"....

LET GO : SANDWICH PLATER BY J&G MEAKIN SUNSHINE HYDRENGA



Sunshine collection by meakin (hydrenga motif).....small chip at the back of the plater. Berminat sila email ke mukhriz_iskandar@yahoo.com

Thursday, December 2, 2010

LET GO : TEASET J&G MEAKIN JADE SERIES




1 TEAPOT, 6 CUP AND SAUCER, 1 CREAMER JAR.....TIP TOP CONDITION...(1 set SOLD)
Email me at mukhriz_iskandar@yahoo.com

LET GO :SET KELAPA, PINGGAN LEPER 9 INCHI DAN PINGGAN MUNGKUM 9 INCHI




Pinggan motif kelapa ini datang dalam set 2, 4 dan 6...ukuran 9 inchi..tiada retak,pecah atau sumbing...belum pernah di gunakan...suci tanpa was was...pilihan sama ada mungkum atau leper...siapa yang berminat sila emailkan ke mukhriz_iskandar@yahoo.com

12 biji pinggan leper SOLD
8 biji pinggan mungkum SOLD

LET GO : J&G MEAKIN SUNSHINE "SMALL DAISY" TEASET FOR 6 PERSON






SOLD

Beautiful and rare teaset by j&g meakin, circa 1940's, touch of art deco, 1 teapot, 6 cup and saucer, 1 creamer jar, 1 sugar bowl (with smal chip at the edge). The color look much bright compare in the picture.....cream color base and orange and white small daisy garland around.... interested do pls email me with your contact details and name to mukhriz_iskandar@yahoo.com

Wednesday, December 1, 2010

LET GO :TEKO ALADIN KEKWA MERAH





Ada 1 teko aladin kekwa merah to let go (only the teapot)
....sapa berminat pls email me...mukhriz_iskandar@yahoo.com (3 UNIT SOLD)

Tuesday, November 16, 2010

LET GO : SAKURA PINK SUGAR BOWL



Sugar bowl sakura pink made in china, condition tanpa pecah, retak atau sumbing....yang berminat sila email ke mukhriz_iskandar@yahoo.com (SOLD)

TERSELAMAT OLEH BAH BESAR.....









Set keluaran tahun 1940an ini adalah dari koleksi johnson bross, england.....antara set yang agak jarang di temui kerana corak dan pengunaan "silver lining".....badan yg beralun pada koleksi ini juga begitu mengoda......set ini hampir hilang kerana terendam di dalam selut yang terperangkap di dalam stor saya.....kini set ini saya bawa pulang...malang sekali bekas gulanya dan dua lagi cawan nya x dapat nak di cari....mungkin ada yg berminat boleh la hubungi saya di email saya....(SOLD)

KOJA : BEKAS AIR MAWAR....





Lama sungguh x update blog bersawang ni....maklum la seperti ramai yang mengetahui...kedah dan perlis di landa bah besar...jd kesempatan baru2 ini telah saya gunakan utk pulang ke a.star utk membantu membersihkan rumah.....ini antara koleksi keluarga saya turun temurun yang saya bawa pulang ke kota....yer la takut kalau banjir melanda ada lagi koleksi yang bersepai atau hanyut di bawa air.....

koja ini menjadi amalan keluarga saya turun temurun bagi mengisi air mawar ketika menziarah makam. asalnya ia berpasangan tp pasanganya telah lama pecah...jd tinggal la satu.....koja dari porcelain putih pulus ini di hiasi dengan lakaran motif bunga mengunakan air emas....dan mempunyai penutup.....ia adalah buatan belanda....koja ini telah di warisi oleh 5 genarasi dan berusia lebih kurang 150 tahun.....koja yang sama juga terdapat dalam warna coklat, biru dan hijau....keluarga saya mewarisi warna putih dan warna2 lain ada yg di warisi oleh jurai keluarga yang lain.....

Sunday, November 7, 2010

BANTUAN KEPADA MANGSA BENCANA GUNUNG MERAPI DI JOGHJA INDONESIA

Salam buat pembaca blog semua....atas dasar persaudaraan.....saya ingin meng war warkan....kepada sesiapa yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan bagi dana bantuan ke joghja boleh menghubungi saya....mukhriz_iskandar@yahoo.com....bantuan ini akan di salurkan kepada teman saya, pensyarah di institut kesenian indonesia atau ISi...bagi membeli barangang keperluan buat teman2 kita di sana.....dana ini hanya bantuan kecil yang mampu saya dan teman2 lan di malaysia laku kan......

Wednesday, October 27, 2010

TO LET : JOHNSON BROSS TUREEN






Tureen keluaran Johnson Bross dengan lambang awal "mahkota inggeris", dihasilkan sekitar tahun lewat 1920an....keadaan yang cukup mantap...tiada apa2 kecacatan...setelah mail box dan phone saya di hujani dengan pertanyaan "ada x lagi tureen?" saya sedia melepaskan tureen ini kepada sesiapa yang sudi....email me at mukhriz_iskandar@yahoo.com. sila tinggalkan contact no dan nama.....

MISS FLORANTINE KU SAYANG.....





Che florantine nie dah lama ku idamkan...sementelah set pinggan mangkuknya ada...tp tureen nya dah lama lenyap di telan masa.....tureen keluaran johnson bros ini di keluarkan sebelum perang dunia pertama.....sementelah kebetulan baru2 ini saya berkunjung ke pulau temasek untuk majlis perkahwinan keluarga sahabat akrab saya, kesempatan telah di gunakan untuk meninjau khazanah yang masih bersisa di pulau itu....mungkin takdir dan telah tersurat....tureen ini telah di jumpai oleh mata hati...maka berehat la che florantine di teratak kita....:)

Tuesday, October 19, 2010

CERITA DAN KENANGAN ORANG ORANG TUA






Salam....maaf la lama sgt x update blog nie...almost 2 month...bukan apa....terlalu sibuk dengan urusan kerja......tp alhamdulilah....semuanya berjalan lancar.....so kali ni nak share pulak satu lagi khazanah keluarga yg saya gunakan utk hari raya yang lepas.....set dar j&g meakin koleksi "florida".....terdapat dua warna...hijau dan biru....set ini di miliki oleh moyang saya pada sekitar tahun 1955...ketika malaysia atau malaya menjalani pilihanraya pertama sebelum kemerdekaan bagi mendapat kenyakinan british bagi memberikan malaya kemerdekaan.....

set ini telah di beli di beach street pulau pinang, dan pertama kali di gunakan untuk menyambut kedatangan YAM tunku abdul rahman putra al haj ke rumah moyang saya selepas tunku memenangi pilihanraya pertama dan di lantik sebagai ketua menteri malaya.....hadhir bersama ketika itu adalah tun sardon jubir, tun fatimah hashim , tan sri khir johari.....rombongan ini hadhir ke a.star pada ketika itu bagi membincang kan hal ehwal malaya bertempat di rumah merdeka, a.star. berhampiran royale hotel.....kunjungan tuanku bukan lah bersifat formal tetapi hanya menziarah dan di bawa juga teman2 kabinet.....cerita ini saya dapat dari nenda saya.....ada beberapa photo...tp sayang x terdapat di tangan saya.......

set ini terdiri dari pinggan makan,piring kuih, pinggan dalam, tureen, pinggan bujur, sos boat, set teh, cake platter, senduk dan etc.....set ni hanya saya bawak sebahgianya....set ini amat besar...lengkap utk 24 org utk satu2 masa....saya hanya mengambil utk 6 org.....saya tertarik pada designya yg simple tetapi nampak gah dan menarik serta mewah.....